Pada 14 Mei lalu, pasangan mata wang USD/CHF telah membentuk "double bottom" berhampiran pada tahap 0.91. Pergerakkan pembetulan menaik menyebabkan penembusan harga pada saluran menaik dan kesinambungan kenaikkan harga ke arah 23.6% tahap (R3) Fibonacci yang telah digunakan untuk penembusan titik saluran. Walaupun R3 ditolak, USD/CHF telah berjaya menembusi sokongan utama iaitu 61.8% Fibonacci - S1 (0.9302).
Lantunan semula rintangan R3, menembusi di bawah sokongan S1 dan juga penembusan garis aliran CCI boleh dianggap sebagai pengesahan aliran menurun yang sah. Pada masa ini, pasangan mata wang sedang didagangkan di antara R1 (0.9370) dan R2 (0.9439), yang mana ia adalah merupakan kawasan bekalan yang kuat.
Pertimbangkan cadangan kami untuk mengambil pesanan menjual USD/CHF semasa harga berada di antara R1 dan R2. Sekiranya dagangan jangka panjang adalah aliran menurun, maka adalah lebih baik untuk mensasarkan bahagian sokongan paling hampir S2 (0.9239). Hanya penutupan harian di atas R2 (0.9439) yang berpotensi untuk mendorong harga bergerak lebih tinggi untuk menguji R3 (0.9524). Walaupun R3 diuji, adalah perlu diingatkan kepada para pedagang bahawa aliran dagangan jangka panjang berkemungkinan akan kekal menurun.
Sokongan: 0.9302, 0.9239
Rintangan: 0.9370, 0.9438, 0.9524
