EUR/USD: Pasangan mata wang ini didagangkan lemah. Berikutan kenaikkan harga semalam dalam konteks aliran menurun, pasaran telah jatuh secara perlahan. Garis sokongan pada tahap 1.0950 telah ditembusi sebelum harga melantun naik. Berikutan kesinambungan penurunan harga dalam pasaran, garis sokongan bakal terdedah dan mungkin juga akan ditembusi.

USD/CHF: Secara normal, instrumen perdagangan mata wang ini akan bergerak ke arah yang bertentangan dengan pasangan mata wang EUR/USD. Oleh yang demikian, pasangan mata wang ini dijangkakan akan mengekalkan unjuran menaik selagi pasangan EUR/USD adalah lemah.

GBP/USD: Berikutan usaha kenaikkan harga awal pada pasangan mata wang ini, harga telah jatuh kira-kira 200 pips. Kelihatan erdapat Corak Pengesahan kenaikkan harga yang jelas dalam carta sekarang: EMA 11 kini berada di bawah EMA 56 dan tempoh RSI 14 kini berada di bawah tahap 50. Lebih banyak tekanan jualan dijangkakan.

USD/JPY : Keadaan pasaran bagi pasangan mata wang ini kelihatan masih sama. Pasaran kini merupakan pasaran di mana peniaga-peniaga jangka pendek dan scalpers berkembang maju. Perubahan jangka pendek berlaku di pasaran kerana harga berayun di antara tahap bekalan 124.00 dan tahap permintaan 122.00. Terdapat keperluan untuk harga menembusi di atas tahap bekalan yang dinyatakan di atas tahap bekalan atau tahap permintaan sebelum harga berdagang dalam aliran harga yang kuat.

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY kini sedang berdagang dalam aliran menurun pada hari ini. Berikutan kenaikkan harga semalam dalam konteks aliran menurun, pasaran telah jatuh secara perlahan. Zon permintaan yang terletak pada tahap 133.50 kini telah diuji dan ia berkemungkinan besar akan diuji sekali lagi. Malah berpotensi untuk penembusan aliran menurun.
