
Gambaran keseluruhan:
- Berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang GBP/USD ini kelihatan masih terperangkap di antara tahap 1.5549 dan 1.5766. Tahap 1.5549 mewakili titik pangsi harian. Para pedagang harus diingatkan bahawa titik pangsi harian adalah bersamaan dengan nisbah 50% tahap penarikan semula Fibonacci. Oleh yang demikian, sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi rintangan kecil yang terletak di tahap 1.5651, maka para pedagang disyorkan untuk mengambil pesanan membeli di atas 1.5549 dan 1.5651 untuk dagangan jangka pendek dengan sasaran pertama pada tahap 1.5703. Pasangan mata wang ini juga berkemungkinan akan meneruskan pergerakkan menuju ke arah tahap 1.5766 untuk menguji "double bottom". Sementara itu, stop loss TIDAK boleh melebihi jumlah pendedahan maksimum anda. Oleh yang demikian, ia akan sesuatu yang sangat menguntungkan untuk menetapkan stop loss anda pada tahap 1.5525.
Kajian:
- Sekiranya arah aliran bersifat menaik, maka kekuatan pasangan mata wang ini akan ditakrifkan seperti yang berikut: GBP adalah aliran menaik, sementara USD adalah aliran menurun.
- Adalah harus diingatkan bahawa jika terdapat pengumuman berita yang boleh menjejaskan pasaran, harga harga berkemungkinan besar akan bergerak terus melalui R1 atau S1 dan juga mencapai R2 & R3 atau S2 & S3.
Tahap Teknikal untuk 15 Julai, 2015.
- Rintangan 3: 1.5766
- Rintangan 2: 1.5708
- Rintangan 1: 1.5651
- Titik Pangsi: 1.5549
- Sokongan 1: 1.5490
- Sokongan 2: 1.5421
- Sokongan 3 1.5352