

Gambaran Keseluruhan:
Pada baru-baru ini, pasangan mata wang EUR/NZD ini telah didagangkan dalam aliran menurun. Seperti yang telah kita ramalkan, harga dilihat telah menguji tahap 1.6359 pada jumlah di atas purata. Berdasarkan kepada carta harian, kami mendapati bahawa bar penurunan melemah pada jumlah di bawah purata. Terdapat juga pembentukan-bar dalam pada tahap 16.677 (berjaya ditembusi) dan tahap rendah (sokongan) pada 1.6340. Perhatikan penembusan harga yang berpotensi pada tahap sokongan bar dalam atau pada tahap rintangan. Selain itu, harga dilihat telah berjaya menembusi garis aliran menaik kami. Aliran dagangan jangka pendek adalah neutral, walau bagaimanapun aliran harga bagi dagangan jangka pertengahan masih dalam aliran kenaikkan harga. Saya masih menunggu kecairan harga yang lebih besar dan tindakan harga yang lebih kukuh untuk mengesahkan arah aliran harga yang selanjutnya.
Titik Pangsi Fibonacci :
Tahap Rintangan:
R1: 1.6595
R2: 1.6645
R3: 1.6728
Tahap Sokongan:
S1: 1.6440
S2: 1.6390
S3: 1.6312
Cadangan Perdagangan: Pesanan membeli pasangan mata wang EUR/NZD pada tahap ini kelihatan sangat berisiko sebagaimana kami mendapati bahawa terdapat penembusan harga yang palsu pada sebelum ini.