
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Emas kini sedang diniagakan di sekitar tahap 1,099.00 selepas mencecah paras terendah pada tahap $ 1,075.00/76.00 sebelum ini. Seperti yang digambarkan di sini, aliran penurunan harga masih mendominasi sehingga harga kekal berdagang di dalam zon jualan, dan secara meluas di bawah rintangan awal pada tahap $ 1,175.00. Para pedagang juga harus diingatkan bahawa $ 1,130.00/32.00 adalah merupakan tahap rintangan Fibonacci 0.618 daripada penurunan harga di antara tahap $ 1,175.00 dan $ 1,075.00. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal mendatar buat masa sekarang dan mencari peluang untuk memulakan kedudukan menjual di sekitar tahap $ 1,130.00/32.00, dengan risiko ditetapkan pada tahap $ 1,175.00. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap $ 1,052.00, dan diikuti dengan $ 1,030.00, sementara rintangan pula didapati terletak pada tahap $ 1,175.00 dan lebih tinggi, masing-masing.
Cadangan Perdagangan:
Jual pada tahap $1,130.00/32.00.
Semoga berjaya!