Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USDX untuk 28 Julai, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-07-28T09:12:20

Analisis Teknikal USDX untuk 28 Julai, 2015

Indeks dolar Amerika Syarikat kini sedang didagangkan di dalam saluran condong menaik dan ia sedang menguji sempadan saluran harga yang lebih rendah. Berdasarkan kepada terma Ichimoku cloud, harga kini sedang berdagang dalam aliran menurun dan dan ia telah menyatakan isyarat menjual jangka pendek baru dengan menembusi di bawah Cloud. Dolar AS menunjukkan beberapa tanda-tanda kekuatan dan ia kini dilihat sedang cuba untuk melantun daripada sempadan saluran harga yang lebih rendah.

Analisis Teknikal USDX untuk 28 Julai, 2015

Garis hitam - saluran menaik

Indeks dolar Amerika Syarikat kini sedang berdagang dalam aliran penurunan harga jangka pendek sebagaimana ia telah membentuk corak harga rendah yang lebih rendah dan corak harga tinggi yang lebih rendah sejak 21 Julai lalu. Harga telah menembusi di bawah indikator Kijun sen dan sokongan Tenkan-sen dan kini sedang didagangkan di bawah Ichimoku cloud. Aliran kenaikkan harag kelihatan sedang cuba untuk menolak harga kembali ke dalam cloud. Saluran menaik masih utuh buat masa ini; dan selagi harga kekal di dalam saluran ini, maka aliran menaik akan terus mendominasi. Sokongan kritikal didapati terletak pada tahap 96.30. Tahap rendah semasa adalah bersamaan dengan penarikan semula 38% kenaikan daripada tahap 93.60.

Analisis Teknikal USDX untuk 28 Julai, 2015

Garis biru - rintangan mendatar

Indeks dolar Amerika Syarikat telah ditolak pada rintangan mendatar 97.80 dan harga ditarik kembali ke arah Kijun sen dan Tenkan-sen. Sokongan utama terletak di kawasan ini dan lantunan harga akan meningkatkan peluang penembusan harga yang jelas di atas tahap 98. Pentuupan mingguan di bawah tahap 95.80 berpotensi untuk menjadi isyarat jualan seterusnya ke arah sokongan mingguan cloud di tahap 91-90. Hari penting untuk dolar AS adalah esok sebagaimana mesyuarat FOMC dijadualkan akan berlangsung.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...