
Rumusan Teknikal:
Pasangan mata wang EUR/JPY kini dilihat sedang menguji sokongan yang terletak pada tahap 135.49 sekali lagi. Sokongan ini perlu ditembusi bagi membolehkan pasangan mata wang ini melonjak naik ke tahap tinggi baru di atas rintangan kecil 136.45, yang mana ia akan memanggil harga untuk menguji tahap 137.35 dan mungkin juga pada tahap 137.80. Hanya penembusan harga di atas tersebut yang akan memberikan ruang untuk harga melanjutkan kenaikkan menuju ke arah tahap 141.06 dan 144.03. Masih terdapat peluang untuk harga menembusi di bawah 135.49 yang mana ia akan menambah tekanan penurunan harga untuk harga menguji tahap sokongan 134.28 dan yang lebih penting adalah pada tahap 133.27. Di bawah tahap ini, ia akan memanggil harga ke arah tahap 130.00.
Cadangan Perdagangan:
Kami masih membeli EUR daripada tahap 134.07 dan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 135.40. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli sebaik sahaja hrga menembusi di atas tahap 137.80.