Gambaran makro global 06/08/2015:
Perbincangan diantara Greece dan Dana Kewangan Antarabangsa, Bank Negara Eropah,Komiti Eropah dan mekanisma Kestabilan Eropah bermula pada minggu terakhir Julai.Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras yakin bahawa Greece akan menutup perjanjian 86 bilion euro dengan pemberi hutang tidak lama lagi.Tajuk utama adalah penswastaan,pencen dan situasi terhadap bank Greece.Situasi bank Greece yang teruk (kekurangan modal) dan kemungkinan permodalan semula telah menyebabkan saham Greece menurun.Indek FTATBNK menurun 63% dalam tiga sesi akhir dagangan bermula pada Isnin.Namun,satu perjanjian perlu dilakukan pada 20 Ogos,apabila 3.5 bilion bayaran hutang kepada Bank Negara Eropah perlu dibayar.
Pasangan EUR/USD tidak bergerak banyak kepada berita daripada Greece maka kebanyakkan peserta pasaran sedang memberi fokus pada laporan NFP pada hari Jumaat.Selepas penembusan bawah garisan emas,pasaran ketika ini sedang menguji garisan daripada arah bawah.Sebarang kegagalan akan meningkatkan lagi kemungkinan pada sentimen penurunan dan menolak pasangan EUR/USD ke arah sokongan pertama yang penting pada 1.0808.
