

Gambaran Keseluruhan:
Sebagaimana analisis kami yang terakhir, emas telah didagangkan dalam aliran mendatar di sekitar harga $ 1,085.00. Volatiliti pasaran untuk hari ini adalah rendah. Berdasarkan kepada carta harian, kami mendapati bahawa harga adalah melemah. Saya mendapati terdapat julat perdagangan yang kuat antara tahap harga $ 1,077.00 (sokongan) dan $ 1,108.00. Pesanan menjual emas pada tahap sokongan kelihatan sangat berisiko dan saya menasihatkan kepada para pedagang agar memerhatikan penebusan harga yang berpotensi pada julat dagangan bagi mengesahkan arah aliran harga yang selanjutnya. Menurut kepada carta 1H pula, kami mendapati bahawa terdapat bekalan yang melemah, yang mana ini adalah merupakan satu petanda bahawa pembeli boleh mula membeli pada peringkat ini. Arah aliran harga kini masih neutral.
Titik Pangsi Fibonacci Harian:
Tahap Rintangan:
R1: 1,090.00
R2: 1,092.00
R3: 1,096.00
Tahap Sokongan:
S1: 1,082.72
S2: 1,080.45
S3: 1,076.00
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila menjual emas pada tahap ini kerana harga kini sedang menghampiri tahap sokongan kuat kami. Perhatikan penembusan harga pada julat dagangan bagi mengesahkan arah aliran harga yang selanjtunya. Pembeli mendominasi pasaran pada hari ini.