
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Pasangan mata wang EUR/JPY telah melantun daripada garis sokongan kon penyatuan lebih luas di sekitar tahap 135.00, seperti yang diharapkan. Pasangan mata wang kini sedang didagangkan disekitar tahap 136.17/20i, dan ia masih dijangkakan akan menolak lebih tinggi melalui tahap 137.20, sekurang-kurangnya. Para pedagang harus diingatkan bahawa kenaikkan harga daripada tahap 135.00 boleh ditakrifkan sebagai kenaikkan ke-5 dalam penyatuan, yang mana ia berpotensi untuk menembusi halangan 137.00/20. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal membeli buat masa ini, sekurang-kurangnya sehingga ke tahap 137.15 dengan risiko terletak pada tahap 134.00. Sokongan serta-merta dilihat berada pada tahap 135.00, dan diikuti dengan tahap 134.00. Sementara rintangan pula didapati terletak pada tahap 137.25, diikuti masing-masing dengan tahap 138.00 dan lebih tinggi.
Cadangan Perdagangan:
Kekal membeli buat masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 134.00, dan sasaran pada tahap 137.20 +.
Semoga berjaya!