
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga. Pasangan mata wang ini dilihat telah membentuk aliran penurunan urusniaga harian baru selepas penembusan harga baru-baru ini di atas tempoh MA 20. Asas rintangan kuat telah terbentuk di sekitar tahap 0.6640, yang menghalang sebarang usaha aliran penurunan harga. Selain itu, tempoh MA urusniaga harian 20- dan 50- kini telah beralih ke arah bawah, dan terus menolak harga ke tahap yang lebih rendah. RSI urusniaga harian kekal berada di atas tahap neutral pada 50. Oleh itu, selagi tahap 0.6640 ini masih belum ditembusi, maka perhatikan pergerakkan penurunan harga yang seterusnya ke arah tahap 0.6525 dan kemudian ke tahap 0.6490.
Komen Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana indikator MACD adalah aliran menurun.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6525. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.6490. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.6640. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.6675 dan sasaran kedua pada tahap 0.6700.
Tahap Rintangan: 0.6675 0.67 0.6745
Tahap Sokongan: 0.6525 0.6490 0.6455