Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD untuk 12 Ogos, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-08-12T08:37:14

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 12 Ogos, 2015

Pasangan mata wang ini telah berjaya menembusi 20Dsma dan mencatatkan keuntungan selama lima hari berturut-turut. Pasangan ini juga dilihat telah ditolak dengan tepat daripada 50Dsma sewaktu sesi dagangan semalam.

KESAN TERHADAP MATA WANG EURO: Petunjuk Sentimen Ekonomi ZEW Jerman mencatatkan penurunan sekali lagi pada bulan Ogos 2015. Indeks tersebut jatuh sebanyak 4.7 mata berbanding bulan sebelumnya. Bacaan Indeks bagi bulan OGOS dicatatkan pada 25.0 mata (purata jangka panjang adalah 24.9 mata).

Pasangan mata wang ini telah menutup dan didagangkan di bawah 20Wsma yang kelihatan seolah-olah pada tahap 1.1050. Sokongan mingguan masing-masing didapati terletak pada tahap 1.0840 dan 1.0800. Rintangan mingguan dilihat pada tahap 1.1050.

Pasangan ini telah membentuk corak harga tinggi yang lebih tinggi dan corak harga rendah yang lebih tinggi di dalam carta 1H. Walau bagaimanapun pada carta empat jam, pasangan mata wang ini telah menghadapi rintangan yang kuat pada garis aliran menurun.

Urusniaga Harian: Sokongan Urusniaga harian didapati terletak pada tahap 1.1040, 1.1000 dan 1.0960. Rintangan pula kelihatan seolah-olah berada di tahap 1.1090 dan 1.1130. Pasangan kini sedang diniagakan pada tahap 1.1060 semasa sesi Asia hari ini. Pasangan mata wang ini berkemungkinan akan membentuk tahap tinggi di antara 1.1120 atau 1.1150. Kenaikkan harga perlu menutup di atas tahap 1.1130 bagi mendapatkan semula momentum baru. Sehingga harga menutup di atas tahap 1.1130, ambil pesanan menjual semasa kenaikkan harga.

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 12 Ogos, 2015

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...