Gambaran makro global 17/08/2015:
Apabila harga minyak mentah jatuh ke tahap rendah enam tahun, satu lagi berita yang mengecewakan telah dikeluarkan pada minggu lalu. Perkiraan untuk pelantar minyak Amerika Syarikat telah ditambah dengan lebih banyak pelantar penggerudian untuk tempoh empat minggu berturut-turut. Pengeluaran minyak AS semakin meningkat di tengah-tengah berita lain dari Oman yang menghasilkan lebih 1mln tong minyak sehari pada bulan Julai. Pasaran minyak yang kini sedang berhadapan dengan situasi terlebih bekalan dari segala penjuru yang berkemungkinan, ini menunjukkan bahawa sentimen penurunan harga berkemungkinan akan berterusan di tengah-tengah akhir musim panas dan di awal musim penyelenggaraan kilang.
Gambaran teknikal minyak mentah tidak membantu aliran menaik sama sekali. Pasaran diniagakan pada tahap sokongan penting jangka panjang 42.00 dan lantunan pembetulan sedikit menaik adalah berpotensi, waalu bagaimanapun ia tidak boleh bertahan lama.
