Gambaran umum untuk 19/08/2015 09:30 CET
Kitaran pembetulan bagi ketiga-tiga sub-gelombang untuk penurunan kini hampir selesai sebagaimana gelombang c ungu kelihatan seolah-olah akan menembusi sokongan yang terletak di tahap 1.3015. Walau bagaimanapun, kitaran pembetulan keseluruhan masih belum selesai kerana kami menjangkakan harga akan menolak ke tahap yang lebih rendah lagi, di bawah gelombang akhir W coklat pada tahap 1.2951. Pasaran masih didagangkan dalam zon neutral di antara tahap 1.2858-1.3211. Hanya penembusan harga impulsif yang jelas diatas/dibawah tahap ini sahaja yang akan mengubah senario perdagangan semasa.
Sokongan/Rintangan:
1.3058 - Rintangan Urusniaga Harian
1.3079 - Pangsi Mingguan
1.3015 - Sokongan Urusniaga Harian
1.2975 - WS1
Cadangan Perdagangan:
Tahap zon jual semalam masih belum ditembusi (tahap tinggi terletak pada 1.3124), walau bagaimanapun arahan am adalah betul. Pada masa ini, daytraders perlu menunggu untuk peluang yang lebih baik selepas kitaran sub pembetulan harga selesai.
