
Rumusan Teknikal:
Kita telah melihat harga menembusi di atas garis rintangan kecil yang menunjukkan bahawa gelombang merah iv memang berakhir pada tahap 137.03 dan kenaikkan harga ke arah tahap 139.41 kini perlu diperhatikan. Sokongan jangka pendek yang terletak pada tahap 137.44 dijangka akan melindungi aliran menurun sekaligus membolehkan pasangan mata wang ini menembusi di atas rintangan pada tahap 138.40 serta mengesahkan bahawa gelombang merah v ke arah 139.41 kini sedang berlangsung.
Hanya penembusan harga yang tidak dijangka di bawah tahap 137.03 akan membatalkan prospek kenaikan harga.
Cadangan Perdagangan:
Kami telah membeli EUR daripada tahap 137.45 dan akan menetapkan kedudukan Stop Loss lebih tinggi pada tahap 137.00. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli berhampiran pada tahap 137.50 dengan kedudukan stop loss pada tahap yang sama, iaitu pada tahap 137.00.