
Pasaran telah pun ditolak rendah selepas menembusi bawah tahap permintaan utama sekitar 1.2100 dan 1.2000 dimana dasar bersejarah yang sebelumnya dicecah pada Julai 2012 dan Jun 2010.
Penurunan EUR/USD telah pun menolak harga sedikit dibawah tahap permintaan bulanan pada 1.0550 (diwujudkan pada Januari 1997).Pemulihan kenaikkan berjaya ditunjukkan tidak lama selepas itu.
Graf bulanan April hadir sebagai penyelubungan kenaikkan. Walau bagaimanapun,graf bulanan seterusnya (Mei,Jun dan Julai) menunjukkan penolakkan penurunan semasa ditunjukkan sekitar 1.1450.
Untuk dagangan jangka panjang,sasaran unjuran masih lagi terletak pada 0.9450 jika penembusan penurunan pada tahap permintaan bulanan pada 1.0550 berlaku tidak lama lagi.\\
Pergerakkan pembetulan kenaikkan ke arah 1.1500 akan menjadi berkemungkinan hanya jika ketinggian bulanan Mei pada 1.1465 ditembusi (kemungkinan rendah).

Selepas pergerakkan penurunan yang panjang,yang bermula sekitar tahap 1.1300,penolakkan kenaikkan berlaku pada 1.0570 (tahap permintaan bulanan).
Dasar kenaikkan yang pelbagai berjaya diwujudkan sekitar tahap 1.0470,1.0550, dan 1.0850.Tahap ini sepadan kepada kenaikkan harian yang ditunjukkan pada carta.
Tekanan kenaikkan seterusnya diperhatikan sehingga penolakkan penurunan dikenakan sekitar 1.1400 (corak pembalikkan double top jangka masa panjang). Pada ketika itulah aliran penurunan pasangan mata wang EUR/USD berjaya mencapai penembusan aliran menurun seperti yang digambarkan pada 13 Julai.
Baru-baru ini, pemulihan kenaikkan harga jelas dinyatakan selepas mencecah tahap 1.0800. Sejak itu, aliran menaik telah cuba untuk membawa pergerakan pembetulan menaik menuju ke arah tahap 1.1100 dan 1.1150 di mana penembusan aliran meningkat sebelum ini terletak.
Pada Jumaat lalu, tindak balas penurunan harga yang ketara telah ditunjukkan pada tahap 1.1150-1.1180 menyebabkan beberapa turutan graf lilin harian penyelubungan penurunan harga.
Penutupan HARIAN di bawah tahap harga 1.0980 perlu dicapai bagi membolehkan pasangan mata wang ini meneruskan pergerakkan menuju ke arah sasaran menurun yang lebih rendah di sekitar tahap 1.0850 dan 1.0750.
Destinasi penurunan harga yang paling hampir untuk memenuhi pasangan mata wang EUR/USD ini akan ditempatkan pada tahap 1.0980 selagi paras harga 1.1150 ini dipertahankan oleh pasaran penurunan harga.
Sebaliknya, penutupan harian di atas zon harga pada tahap 1.1150-1.1180 akan membatalkan senario penurunan harga sebelumnya. Ayunan menaik ke arah tahap 1.1220 dan 1.1280 harus dijangka.