Harga emas kekal didagangkan dalam aliran menaik jangka pendek selepas menutup di atas tahap rintangan mingguan. Lantunan harga ini boleh membawa harga bergerak lebih ke arah tahap $ 1,200 jika harga mengukuh di atas tahap $ 1,130. Untuk dagangan jangka pendek, saya melihat pembentukan corak segi tiga kecil dan saya menjangkakan penembusan kenaikkan harga ke tahap tinggi jangka pendek baru sebagai hasil yang paling berkemungkinan.

Garis biru gelap - corak segi tiga
Garis Cyan - saluran kenaikan harga
Harga emas kini didagangkan dalam saluran condong menaik dan di atas Ichimoku cloud. Aliran harga bagi logam ini adalah kenaikkan harga untuk dagangan jangka pendek selagi harga mengukuh di atas tahap $ 1,130. Untuk dagangan jangka pendek, kita dapat melihat pembentukan segi tiga. Sokongan Segi tiga didapati terletak pada tahap $ 1,150 dan rintangan pada tahap $ 1,163.

Carta mingguan telah mencapai tahap Penarikan semula 61.8% dan membuat penarikan semula harga. Penolakan ini adalah merupakan isyarat penting untuk apa yang boleh diikuti. Mungkinkah lantunan harga pada emas akan berakhir? Bolehkah kita memulakan aliran baru daripada tahap ini? Ya boleh. Pengesahan perubahan arah aliran harga akan muncul sebaik sahaja harga menembusi tahap $ 1,130 pada penutupan mingguan.