
Tinjauan teknikal dan persediaan carta :
Emas telah berjaya melonjak naik melepasi tahap $ 1,170.00 setelah tahap rendah dibentuk pada tahap $ 1,075.00 sebelum ini. Emas jatuh pada garis rintangan, Fibonacci 0.618 (kejatuhan daripada tahap harga $ 1,203.00 kepada $ 1,075.00) dan sokongan terdahulu kini telah bertukar menjadi zon rintangan pada tahap harga semasa. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan kepada para pedagang untuk memulakan kedudukan menjual baru pada masa sekarang, dengan risiko ditetapkan di sekitar tahap $ 1,180.00. Para pedagang juga harus diingatkan bahawa kenaikkan harga daripada tahap $ 1,075.00, harus ditarik semula sekurang-kurangnya ke arah tahap $ 1,110.00 untuk kesinambungan aliran menaik. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap $ 1,110.00, dan diikuti masing-masing oleh tahap $ 1,090.00, $ 1,075.00 dan lebih rendah. Manakala rintangan pula didapati terletak pada tahap $ 1,175.00, dan diikuti oleh tahap $ 1,180.00 dan lebih tinggi.
Cadangan dagangan:
Mulakan kedudukan menjual, dengan stop loss ditetapkan pada tahap $ 1,180.00, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!