
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikan harga. Pasangan mata wang ini kekal dalam aliran menaik, dihadkan oleh garis arah aliran menaik. TKenaikkan harga yang selanjutnya kelihatan seolah-olah lebih cenderung untuk berlaku sebagaimana petunjuk teknikal masih menaik tanpa menunjukkan sebarang isyarat pembalikan harga. Oleh itu, selagi harga membentuk corak harga tinggi yang lebih rendah dan harga yang lebih rendah tidak terjejas, penarikan semula harga baru berkemungkinan besar akan berlaku ke tahap 0.9505 dan 0.9550 dalam kesinambungan arah aliran harga. Hanya penembusan arah bawah pada tahap rintangan utama 0.3 sahaja yang akan mengubah gambaran urusniaga harian penurunan harga.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9505 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9550. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.9245 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.92. Titik pangsi terletak pada tahap 0.93.
Tahap Rintangan: 0.9505 0.9550 0.96
Tahap Sokongan: 0.9245 0.92 0.9160