
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga. Dagangan bagi pasangan mata wang ini masih agak kurang memberansangkan dan ia kelihatan seolah-olah akan melanjutkan aliran menurun kerana RSI urusniaga harian didapati masih melemah di bawah tahap neutral 50. Rintangan yang kuat yang terletak pada tahap 01.6515 mengekalkan harga di bawah tekanan jualan. Selain itu, penurunan tempoh MA 50 bertindak sebagai rintangan. Dalam kes ini, selagi harga masih belum menembusi tahap 0.6515, maka para pedagang disyorkan untuk memerhatikan tindakan harga tidak menentu dengan kecenderungan aliran menurun. Sasaran penurunan harga kami yang seterusnya ditetapkan pada tahap 0.6425 dan 0.6365 dalam lanjutan.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6425. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.6365. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.6515. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.6580 dan sasaran kedua pada tahap 0.66.
Tahap Rintangan: 0.6580 0.66 0.6675
Tahap Sokongan: 0.6425 0.6365 0.63