Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian untuk Pasangan Mata Wang Utama untuk 28 Ogos, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-08-28T07:01:16

Analisis Harian untuk Pasangan Mata Wang Utama untuk 28 Ogos, 2015

EUR/USD: Oleh kerana pasangan mata wang EUR/USD ini telah mencapai garis rintangan pada tahap 1.1700, harga telah jatuh sebanyak 450 pips. Gambaran kenaikan harga kini hampir menjadi tidak sah, terutamanya apabila harga menjunam di bawah tahap sokongan 1.1150. Ini akan menyebabkan kecenderungan penurunan harga.

Analisis Harian untuk Pasangan Mata Wang Utama untuk 28 Ogos, 2015

USD/CHF: Oleh kerana pasangan mata wang USD/CHF ini telah menguji tahap sokongan pada 0.9300, harga telah bergerak naik sebanyak 350 pips. Harga kini sedang berlegar-legar disekitar tahap sokongan 0.9650 (hampir untuk ditembusi). Terdapat ancaman terhadap prospek penurunan harga kebelakangan ini - pergerakan menaik sebanyak 100 pip boleh menyebabkan prospek penurunan harga terbatal sekali lagi dan menyebabkan pasangan mata wang ini diniagakan dalam prospek kenaikan harga.

Analisis Harian untuk Pasangan Mata Wang Utama untuk 28 Ogos, 2015

GBP/USD: Pasangan mata wang ini jatuh di bawah wilayah pengagihan pada tahap 1.5500 dan 1.5450 selari dengan jangkaan para penganalisis. Sebagaimana wilayah pengagihan yang terletak pada tahap 1.5800 kini telah diuji, harga telah jatuh sebanyak 400 pips. Buat masa ini, kecenderungan penurunan harga semasa menunjukkan potensi kesinambungan aliran menurun.

Analisis Harian untuk Pasangan Mata Wang Utama untuk 28 Ogos, 2015

USD/JPY: Instrumen perdagangan mata wang ini telah membuat lantunan semula kenaikkan harga secara perlahan dan beransur-ansur sejak sell-off yang besar berlaku pada hari Isnin lalu. Walau bagaimanapun, kecenderungan arah aliran harga bagi pasangan mata wang ini masih menurun. Hanya kenaikkan harga di atas tahap bekalan 122.50 sahaja yang akan mengubah gambaran perdagangan kepada kenaikkan harga. Indikator pada carta menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan besar untuk harga menembusi di atas tahap bekalan.

Analisis Harian untuk Pasangan Mata Wang Utama untuk 28 Ogos, 2015

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini telah didagangkan dalam aliran menurun. EMA 11 kini berada di bawah EMA 56 manakala tempoh RSI 14 kini di bawah tahap 50. Terdapat Corak Pengesahan penurunan harga di pasaran, dan walaupun harga pasaran adalah tidak menentu, terdapat kebarangkalian yang tinggi untuk harga pergi jauh lebih rendah.

Analisis Harian untuk Pasangan Mata Wang Utama untuk 28 Ogos, 2015

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...