Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 03 September, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-09-04T01:40:38

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 03 September, 2015

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 03 September, 2015

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan didagangkan pada kadar harga yang tinggi hari ini. Semalam, saham-saham AS meningkat semula selepas kejatuhan mendadak hari Selasa. Dow Jones Industrial Average meningkat 1.8% kepada 16.351, S&P 500 juga menokok 1.8% kepada 1.948 dan Nasdaq Komposit meningkat 2.5% kepada 4749. Nymex mentah diniagakan dengan turun naik yang semakin meningkat dan ditutup naik 1.9% kepada $ 46.25 setong, manakala emas merosot 0.5 % kepada $ 1133 per auns dan hasil Perbendaharaan 10 tahun meningkat sehingga 2.193% berbanding 2174% pada hari Selasa. Sementara itu, dolar AS mengembalikan kedudukan dan diperkukuhkan secara meluas berbanding mata wang utama lain, dengan kejatuhan pasangan mata wang EUR/USD 0.8% kepada 1.1226 semalam, pasangan mata wang USD/JPY menokok 0.8% kepada 120.32 sementara pasangan mata wang USD/CHF meningkat 1.1% kepada 0.9685. Mengenai pasangan mata wang USD/JPY, pasangan mata wang kini dilihat sedang menghampiri sasaran kenaikkan pertama pada tahap 12.055, dengan sokongan yang disediakan oleh tempoh purata pergerakkan urusniaga harian 20- dan 50- (MAS). RSI urusniaga harian kini didagangkan dalam garis aliran menaik dan diletakkan di dalam kawasan membeli di antara 50 dan 70. Sasaran kenaikkan harga kedua ditetapkan pada tahap 121.40 (dasar ditubuhkan pada 31 Ogos). Hanya penembusan harga di bawah sokongan utama pada tahap 119.65 berkemungkinan akan bertukar kepada gambaran penurunan harga urusniaga harian dan memanggil kesinambungan penurunan harga yang lebih rendah.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 121.05 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 121.40. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 119.60 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 119.20. Titik pangsi terletak pada tahap 119.90.

Tahap Rintangan: 121.05 121.40 121.75

Tahap Sokongan: 119.50 119.20 118.85

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...