Berdasarkan kepada carta harian, masih terdapat kemungkinan bahawa pasangan mata wang GBP/USD ini akan melanjutkan aliran penurunan harga ke paras terendah bulanan baru, pasangan mata wang kini dilihat sedang menghampiri zon sokongan pada tahap 1.5224. Kita harus melihat penembusan harga daripada tahap tersebut untuk menguji sokongan seterusnya di sekitar tahap 1.5107. Laluan lain menggesa pembetulan harga ke arah tahap rintangan 1.5329 dalam dagangan jangka pendek.

Para pedagang akan melihat penembusan harga di bawah tahap 1.5272. Kini, pasangan mata wang dilihat sedang menguji tahap sokongan pada tahap 1.5220. Berdasarkan kepada carta 1H, SMA 200 masih menurun dan kita boleh menjangkakan kejatuhan harga yang selanjutnya ke arah zon sokongan pada tahap 1.5167 dalam beberapa jam yang akan datang. Walau bagaimanapun, selepas kejatuhan harga yang panjang dibuat oleh GBP/USD, harga berkemungkinan akan melantun semula semasa proses tersebut.

Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5329 / 1.5438
Tahap Sokongan Carta Harian: 1.5224 / 1.5107
Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5272 / 1.5331
Tahap Sokongan Carta 1H 1.5220 / 1.5167
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.5220, take profit di tahap 1.5167, dan stop loss pada tahap 1.5272.