Gambaran makro global untuk 09/09/2015:
Semakan semula pelarasan bermusim KDNK EU bagi suku kedua keseluruhanya adalah lebih baik berbanding ramalan. Bacaan mencatatkan pada tahap 0.4% q/q (1.5% y/y) berbanding 0.3% q/q (1.2% y/y). Penggunaan isi rumah dicatatkan pada tahap 0.4% q/q sejajar dengan jangkaan pakar-pakar, walau bagaimanapun ia adalah lebih rendah daripada bacaan pada suku tahunan lalu iaitu pada 0.5%. Berbanding dengan suku yang sama tahun sebelumnya, KDNK pelarasan bermusim meningkat sebanyak 1.5% di Kesatuan Eropah. Pengumuman laporan itu telah mendedahkan penurunan dalam KDNK EU dan prospek pertumbuhan yang lebih lemah bagi suku akan datang.
Pasangan mata wang EUR/USD ini terpengaruh dengan berita ini. Bacaan untuk suku kedua adalah lebih baik daripada yang dijangkakan, tetapi tidak cukup baik untuk membuat pasaran bergerak dalam satu arah aliran impulsif. Berdasarkan kepada carta 4H, rintangan semasa dilihat terletak pada tahap 1.1228 dan sokongan didapati berada pada tahap 1.1086.
