Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Gambaran makro global untuk 10/09/2015

parent
Analisis Forex:::2015-09-10T08:27:47

Gambaran makro global untuk 10/09/2015

Gambaran makro global untuk 10/09/2015:

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) telah mengurangkan kadar faedah daripada tahap 3.00% kepada 2.75% selaras dengan jangkaan kebanyakan penganalisis. Kenyataan Gabenor Wheeler pada sidang akhbar sebahagian besarnya berkisar tentang isu pasaran rumah di Auckland yang kini sedang berada di dalam pemerhatian kerana harga rumah tersebut adalah salah satu yang termahal di dunia. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa RBNZ berpotensi untuk mengurangkan kadar faedah ke tahap yang lebih rendah lagi jika perlu dan mengakui bahawa tindakan menaikkan kadar faedah pada tahun 2014 bukan satu kesilapan. Beliau berkata terdapat banyak perkara yang berpotensi untuk mempengaruhi situasi ekonomi di New Zealand buat masa sekarang dan penurunan bagi mata wang Yuan pada baru-baru ini akan menjadi kebimbangan yang besar tidak lama lagi.

Pasangan mata wang NZD/USD bertindak balas dengan sewajarnya, jatuh mendadak selepas mencapai rintangan utama pada tahap 0.6414. Pada masa ini, pasaran kembali didagangkan di bawah garis aliran emas untuk mencari sokongan yang terletak pada tahap 0.6242.

Gambaran makro global untuk 10/09/2015

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...