EUR/USD: Seperti yang dijangka, pasangan mata wang ini telah menembusi arah atas selepas beberapa hari penyatuan. Harga kini semakin menghampiri garis rintangan pada tahap 1.1350, yang mana ia akan ditembusi dengan mudah dalam menghadapi tekanan belian semasa di pasaran. Pasangan mata wang EUR yang lain juga boleh mempeloreh beberapa kekuatan pada minggu ini.

USD/CHF: Instrumen perdagangan mata wang ini, walaupun tidak menentu, sebahagian besarnya telah mengukuh minggu lepas. Harga kelihatan telah menguji tahap rintangan 0.9800 beberapa kali namun gagal untuk menembusi ke arah atas. Harga kini sedang mengancam untuk menembusi ke arah bawah, tetapi ini tidak akan benar-benar berlaku sehingga harga meningkat di bawah tahap sokongan pada 0.9600. Kekuatan pasangan mata wang EUR/USD, ditambah pula dengan CHF yang kuat, mungkin akan mengagalkan kesemua usaha kenaikan harga pada pasangan USD/CHF.

GBP/USD: Pasangan mata wang ini telah membuat beberapa usaha kenaikkan harga menuju ke tahap lebih tinggi minggu lalu. Harga bergerak naik 250 pip, ditutup pada tahap harga 1.5427. Dengan percubaan kenaikan harga yang seterusnya, wilayah-wilayah pengagihan yang masing-masing terletak pada tahap 1.5500 dan 1.5550 akan dicapai pada minggu ini. Selepas itu, akan terdapat corak Pengesahan kenaikan harga di dalam pasaran.

USD/JPY: Pasangan mata wang ini sebahagian besarnya didagangkan dalam aliran mendatar pada minggu lalu, walaupun terdapat sedikit pergerakan menaik sebelum harga mendatar. Sepatutnya akan terdapat penembusan harga dalam minggu ini, yang mana ia akan mendorong harga untuk berdagang di atas tahap bekalan 122.00 atau di bawah tahap permintaan pada 120.00. Pada waktu itu, akan kelihatan satu arah pergerakan dalam pasaran.

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY, kini merupakan salah satu aliran harga yang paling kukuh di antara pasangan mata wang utama yang lain, bergerak naik sebanyak 400 pip pada minggu lepas. Harga kini dilihat sedang menghampiri zon bekalan yang terletak pada tahap 137.00, dan terdapat kemungkinan bahawa zon bekalan akan dicapai dengan mudah apabila pasaran dibuka. Sasaran seterusnya untuk minggu ini terletak di zon bekalan pada tahap 138.00 dan 138.50.
