EUR/USD: Aliran harga bagi pasangan mata wang ini adalah tidak menentu pada hari semalam kerana tidak terdapat momentum di pasaran. Penembusan harga ke arah atas atau ke arah bawah adalah dijangkakan pada hari ini, kebarangkalian yang tinggi memihak kepada kenaikan harga. Apabila ini berlaku, kita akan dapat melihat harga mensasarkan ke garis rintangan pada tahap 1.1400.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF tidak menunjukkan sebarang pergerakan harga yang ketara pada hari Isnin, ekoran kekurangan momentum di pasaran. Diramalkan akan terdapat penembusan kenaikkan harga sama ada ke arah atas atau ke arah bawah pada hari ini yang berpotensi untuk menolak harga berdagang di atas tahap rintangan 0.9800 atau di bawah tahap sokongan 0.9600. Apabila pergerakan berlaku, harga berkemungkinan besar akan memihak kepada aliran penurunan harga. Walau bagaimanapun, aliran harga yang kuat amat diperlukan bagi membolehkan perkara ini berlaku.

GBP/USD: Instrumen perdagangan mata wang ini menunjukkan pergerakkan yang begitu banyak pada hari Isnin. Dengan lanjutan percubaan kenaikan harga, wilayah-wilayah pengagihan pada tahap 1.5500 dan 1.5550 akan dicapai pada minggu ini. Selain itu, terdapat satu corak Pengesahan kenaikan harga di dalam pasaran.

USD/JPY: Pasangan mata wang ini dilihat sebahagian besarnya berdagang dalam aliran mendatar pada hari Isnin. Sepatutnya terdapat penembusan harga dalam minggu ini, yang akan mendorong harga untuk bergerak di atas tahap bekalan 122.00 atau di bawah tahap permintaan 120.00. Pada masa itu, akan ada pergerakan arah aliran harga di pasaran.

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY ini telah mengalami pembetulan penurunan harga sekurang-kurangnya 100 pip semalam. Walau bagaimanapun, masih terdapat prospek kenaikan harga di pasaran, yang tidak boleh ditembusi selagi harga kekal didagangkan di atas zon permintaan pada tahap 134.50. Aliran penurunan harga yang kuat adalah amat diperlukan, yang mana ia tidak wujud buat masa sekarang.
