
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran penurunan harga. Pasangan mata wang ini dilihat masih kekal berdagang di bawah tekanan di bawah tahap rintangan utama 183.85. Aliran harga segera adalah menurun, walau bagaimanapun momentum adalah melemah, sebagaimana urusniaga harian RSI kini telah bertukar dan para pedagang harus berhati-hati. Walau bagaimanapun, selagi proses mencapai corak harga tinggi yang lebih rendah masih tidak terjejas, kejatuhan harga yang seterusnya kelihatan seolah-olah akan berlaku sehingga harga mencecah ke tahap 182 dan 181.60 sebagai tahap sasaran kami.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 182. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 181.60. Titik pangsi kekal berada pada tahap 183.85. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 184.75 dan sasaran kedua pada tahap 185.30.
Tahap Rintangan: 184.75 185.30 186.15
Tahap Sokongan: 182 181.60 181