Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 September, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-09-30T01:34:50

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 September, 2015

EUR/USD: Pada hari Isnin, pasangan mata wang ini dilihat telah membuat beberapa usaha kenaikkan, yang juga diperhatikan dalam kebanyakan pasangan EUR lain. Usaha menaik yang berlaku pada hari Isnin tidak cukup serius untuk mengatasi kecenderungan penurunan harga yang masih terdapat di dalam pasaran. Walau bagaimanapun, mana-mana pergerakan harga di atas garis rintangan 1.1300 berpotensi untuk menjejaskan prospek penurunan harga yang sedia ada.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 September, 2015

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini kelihatan telah membuat penarikan semula harga yang ketara semalam, walau bagaimanapun ia tidak mencukupi untuk mengatasi unjuran kenaikan harga yang ada pada sekarang ini. Hanya pergerakan harga di bawah paras sokongan 0.9650 sahaja yang berpotensi untuk membatalkan prospek kenaikan harga; dan untuk memastikan perkara ini berlaku, keanikkan harga yang besar pada pasangan EUR/USD adalah diperlukan.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 September, 2015

GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD ini telah mengukuh pada Isnin. Terdapat Corak Pengesahan penurunan harga yang jelas dalam pasaran dan harga masih berpotensi untuk meneruskan pergerakkan menurun sekurang-kurangnya 200 pip pada minggu ini. Wilayah pengumpulan pada tahap 1.5100 dan 1.5000 adalah sasaran yang berpotensi untuk aliran penurunan harga.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 September, 2015

USD/JPY: Pasangan mata wang ini didagangkan dalam pasaran keseimbangan kukuh di mana tidak terdapat aliran meningkat yang jelas mahupun aliran menurun. Oleh yang demikian, adalah lebih baik pedagang 'swing' dan 'position' untuk keluar daripada pasaran sehingga terdapat penembusan harga yang dipercayai dari fasa keseimbangan kukuh; dan ini akan memerlukan sekurang-kurangnya, pergerakan 200 pip menaik atau menurun. Pasaran adalah baik pada masa sekarang untuk pedagang scalpers dan pedagang urusniaga harian.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 September, 2015

EUR/JPY: Tinjauan dagangan bagi pasangan mata wang EUR/JPY adalah menurun, walaupun aliran menaik cuba untuk menolak harga ke arah atas. Pasangan mata wang ini perlu bergerak terus ke arah atas sekurang-kurangnya 250 pip sebelum prospek penurunan harga menjadi tidak sah. Sehingga itu berlaku, harga akan didagangkan dalam aliran menurun.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 September, 2015

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...