
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Emas menembusi sokongan yang terletak di sekitar tahap $ 1,125.00, sedikit di atas tahap $ 1,120.00, yang telah dijangka. Emas kelihatan seolah-olah akan menembbusi sokongan Fibonacci 0.50 dan perhatikan peluang untuk kenaikkan harga. Para pedagang harus diingatkan bahawa pesanan membeli terbaik masih kekal pada tahap harga $ 1,120.00. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal pada kedudukan membeli semalam dengan risiko ditetapkan pada tahap $ 1,100.00. Sokongan serta-merta dilihat berada pada tahap $ 1,120.00 dan diikuti masing-masing oleh tahap $ 1,100.00, $ 1,090.00, dan lebih rendah, manakala rintangan pula didapati terletak pada tahap $ 1,150.00/55.00 (interim), dan diikuti dengan tahap $ 1,170.00 dan lebih tinggi.
Cadangan Perdagangan:
Kekal pada kedudukan membeli dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap $1,100.00, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!