EUR/USD: Pasangan mata wang ini dilihat telah membuat beberapa percubaan penurunan harga yang mengakibatkan pembentukkan Corak Pengesahan Penurunan harga di dalam carta. EMA 11 telah melintasi EMA 56 ke arah bawah, manakala julat % Williams tempoh 20 kini sedang memasuki wilayah terlebih jual. Ini menandakan bahawa akan terdapat momentum harga yang semakin meningkat dalam pasaran, berkemungkinan akan memihak kepada aliran penurunan harga.

USD/CHF: Kelihatan terdapat isyarat "membeli", yang mana ia akan menjadi lebih jelas apabila tahap rintangan pada 0.9800 berjaya menembusi ke tahap lebih tinggi. Isyarat "membeli" baru tidak boleh terbatal selagi harga kekal didagangkan di atas tahap sokongan pada 0.9700. Kebiasaanya, pergerakan harga pada pasangan mata wang EUR/USD ini akan menentukan nasib untuk pasangan USD/CHF.

GBP/USD: Pasangan mata wang ini dilihat telah mengukuh dalam aliran penurunan harga sejak Isnin - walaupun kecenderungan aliran menurun dilihat dengan jelas. Harga kini sedang berdagang di bawah wilayah pengagihan 1.5150; dan ia berpotensi untuk menguji kawasan pengumpulan pada tahap 1.5100. Pasangan mata wang ini juga boleh melepasi ke tahap yang lebih rendah lagi, untuk prospek GBP yang secara umumnya adalah melemah. Oleh yang demikian, mana-mana kenaikkan harga yang bermakna akan menjadi sukar untuk dilaksanakan.

USD/JPY: Pasangan mata wang ini didagangkan dalam pasaran keseimbangan yang kukuh di mana tidak terdapat aliran menaik mahupun menurun yang jelas kelihatan. Penembusan harga berpotensi untuk berlaku pada bila-bila masa dalam minggu ini atau minggu hadapan. Apabila ini berlaku, pergerakkan harga akan menjadi ketara. Beberapa laporan ekonomi penting dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini adalah berpotensi untuk mempengaruhi pergerakkan pasaran.

EUR/JPY: Selepas beberapa hari harga mengukuh dalam konteks aliran menurun, pasangan mata wang EUR/JPY ini akhirnya menembusi ke arah bawah. Tindakan harga telah mengesahkan prospek penurunan harga. Zon permintaan yang terletak pada tahap 133.50 dan 133.00 berkemungkinan akan diuji. Terdapat zon bekalan di sekitar tahap 135.50 dan 136.00, yang mana ia akan menjadi halangan kepada usaha kenaikkan harga.
