Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 01 Oktober, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-10-02T02:08:39

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 01 Oktober, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 01 Oktober, 2015

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikan harga. Pasangan mata wang ini dilihat telah melantun dari asas sokongan utama di sekitar tahap 0.9695, dan ia diramal akan menguji tahap 0.9720, yang mewakili ayunan tinggi sebelumnya. Lantunan teknikal baru seolah-olah akan bergerak ke arah atas, sebagaimana MA urusniaga harian tempoh 20 dan 50 kini beralih kepada aliran menaik, dan RSI juga positif. Kesimpulanya, selagi tahap 0.9720 ini tidak ditembusi, maka perhatikan lantunan harga baru ke tahap 0.9810 dan 0.9845.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9790 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9820. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.9695 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9665. Titik pangsi terletak pada tahap 0.9720.

Tahap Rintangan: 0.9810 0.9845 0.99

Tahap Sokongan: 0.9695 0.9665 0.9640

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...