Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang untuk 05 Oktober, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-10-05T07:17:24

Analisis Harian Pasangan Mata Wang untuk 05 Oktober, 2015

EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD ini telah berdagang dalam aliran turun naik pada minggu lalu, yang diganti dengan perubahan kenaikan harga dan penurunan harga jangka pendek. Kenaikkan harga yang berlangsung pada 2 Oktober 2015, telah membolehkan pasangan mata wang ini untuk menguji garis rintangan pada tahap 1.1300. Walau bagaimanapun, harga gagal untuk menutup di atas garis rintangan, kerana ia susut sedikit. Harga berpotensi untuk lebih melemah pada hari ini, membolehkan garis sokongan yang terletak pada tahap 1.1150 dan 1.1100 diuji.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang untuk 05 Oktober, 2015

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini telah membuat penarikan semula harga yang ketara pada hari Jumaat dalam konteks aliran menaik. Melainkan jika harga menjunam di bawah tahap sokongan pada 0.9600, penarikan semula harga ini akan memberikan peluang yang baik kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pada harga yang lebih baik. Tahap rintangan 0.9800 berpotensi untuk diuji pada minggu ini, walau bagaimanapun tekanan belian yang kuat adalah diperlukan untuk tahap rintangan pada 0.9850 ini ditembusi..

Analisis Harian Pasangan Mata Wang untuk 05 Oktober, 2015

GBP/USD: Corak Pengesahan penurunan harga dalam pasaran ini masih sah berbanding usaha kenaikkan harga lalu. Percubaan kenaikkan harga berpotensi untuk menjadi penembusan harga yang palsu, kecuali wilayah pengagihan pada tahap 1.5300 ini berjaya ditembusi. Pergerakan harga yang ketara diramalkan akan berlaku dalam pasaran minggu ini, yang mana ia akan memihak sama ada kepada aliran menaik atau aliran menurun.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang untuk 05 Oktober, 2015

USD/JPY: Oleh kerana perjuangan yang berterusan di antara kenaikan harga dan penurunan ini masih berlangsung, maka instrumen perdagangan mata wang ini telah menjadi agak tidak menentu berikutan masih belum terdapat pergerakan arah aliran harga yang ketara. Minggu ini, harga diramalkan akan menembusi sama ada pada tahap bekalan 121.00 ke arah atas atau menembusi tahap permintaan 118.00 ke arah bawah. Keadaan ini mestilah disempurnakan sebelum fasa penyatuan harga di pasaran berakhir.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang untuk 05 Oktober, 2015

EUR/JPY: Masih belum terdapat pergerakan harga yang jelas pada pasangan mata wang ini; walaupun kecenderungan pasaran kekal pada aliran menurun. Pergerakan menaik sebanyak 200 pip boleh membawa kepada isyarat "beli". Terdapat kebarangkalian bahawa Yen akan kehilangan beberapa kekuatan minggu ini, yang mana ia akan membantu harga untuk bergerak lebih tinggi. Jika tidak, kita akan melihat harga menguji zon permintaan yang masing-masing terletak pada tahap 133.50 dan 133.00.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang untuk 05 Oktober, 2015

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...