
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikan harga di atas tahap 182.75. Pasangan mata wang kini sedang berdagang di atas kenaikan MA tempoh 20 dan 50, yang mana ia sepatutnya bertindak sebagai tahap sokongan sekarang. Selain itu, RSI urusniaga harian menyokong kenaikkan harga yang selanjutnya. Selain itu, asas sokongan telah ditubuhkan di sekitar tahap 182.75, yang sepatutnya menghadkan potensi penurunan harga. Selagi tahap harga 182.75 kekal pada aliran menurun, pasangan mata wang ini berkemungkinan akan menguji tahap tinggi sebelum ini di tahap 184.45 dalam sesi dagangan yang akan datang.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 184.45 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 184.85. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 182 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 181.30. Titik pangsi terletak pada tahap 182.75.
Tahap Rintangan: 184.45 184.85 185.35
Tahap Sokongan: 182 181.30 180.80