Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 08 Oktober, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-10-08T07:20:32

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 08 Oktober, 2015

EUR/USD: Arah aliran harga pada pasangan mata wang EUR/USD kelihatan tidak begitu kuat dan melainkan terdapat prestasi arah aliran harga yang kuat, pasaran akan memasuki fasa pengukuhan harga. Ramalan arah aliran harga yang paling berkemungkinan adalah menaik, tetapi ini tidak menandakan bahawa aliran penurunan harga tidak boleh membuat apa-apa percubaan untuk menolak harga ke arah lebih rendah.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 08 Oktober, 2015

USD/CHF: Carta lilin penyelubungan kenaikkan harga yang kuat telah ditubuhkan pada carta hari Rabu menjadi ancaman kepada prospek menurun untuk pasangan ini. Sekiranya harga bergerak ke arah atas dengan tambahan 100 pips, prospek penurunan harga akan berakhir. Walau bagaimanapun, prospek penurunan harga kini adalah sah. EMA 11 masih di bawah EMA 56 dan Julat % Williams tempoh 20 sedang mencerminkan tindakan harga semasa.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 08 Oktober, 2015

GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD melonjak naik dengan ketara pada minggu ini. Dari kawasan pengumpulan pada tahap 1.5150, harga telah meningkat, melintasi kawasan pengumpulan pada tahap 1.5300. Ini membawa kepada corak Pengesahan kenaikan harga yang jelas pada carta 4-jam. Di samping itu, beberapa laporan ekonomi penting yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini berpotensi untuk memberi kesan yang besar terhadap pasaran.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 08 Oktober, 2015

USD/JPY: Prospek bagi instrumen perdagangan mata wang ini tidak berubah sehingga keadaan yang disebut di sini dipenuhi. Oleh kerana perjuangan kini sedang berlangsung di antara aliran menaik dan aliran menurun, instrumen perdagangan mata wang telah menjadi agak tidak menentu berikutan tidak terdapat pergerakan harga yang kuat dan jelas kelihatan. Minggu ini, harga diramalkan akan mencapai sama ada tahap bekalan pada 121.00 ke arah atas atau harga akan menembusi tahap permintaan yang terletak pada 118.00 untuk aliran menurun. Keadaan ini mestilah disempurnakan sebelum fasa pengukuhan harga di dalam pasaran berakhir.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 08 Oktober, 2015

EUR/JPY: Isyarat "membeli" yang telah dijana di dalam carta EUR/JPY pada baru-baru ini tidak berkekalan berikutan tindakan harga yang berlaku pada hari ini. Harga dilihat telah menguji zon bekalan pada tahap 135.50, tetapi usaha kesinambungan aliran menaik dihentikan sebagaimana tekanan telah sedikit berkurangan. Hari ini atau esok akan mendedahkan arah aliran harga yang seterusnya dalam pasaran, kerana keadaan kini adalah tidak menentu.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 08 Oktober, 2015

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...