Indeks dolar AS kini dilihat sedang menguji garis aliran sokongan penting corak segi tiga. Sekiranya ia bejaya ditembus, maka berkemungkinan akan dapat melihat harga melantun sekali lagi ke arah tahap 96. Walau bagaimanapun, adalah disyorkan untuk kekal neutral kerana harga kekal berdagang di dalam corak segi tiga jangka pendek. Corak kenaikkan harga flag jangka panjang masih sah.

Garis merah - rintangan
Garis hijau - Sokongan
Indeks dolar AS dilihat telah menembusi di bawah Ichimoku cloud dan ia kini sedang menguji garis aliran sokongan menaik condong hijau. Ini bukanlah perkara yang baik untuk kenaikan harga USD. Untuk memastikan aliran jangka pendek berada dalam aliran menaik sekali lagi, harga perlu menembusi di atas tahap 95.90. Rintangan kritikal bagi aliran jangka sederhana terletak pada tahap 96.60.

Garis merah - rintangan mingguan
Garis hijau - sokongan mingguan
Corak kenaikan harga flag masih sah. Harga kini sedang menghampiri Ichimoku cloud mingguan sewaktu harga masih didagangkan dalam julat dagangan corak flag. Penembusan harga di atas tahap ini akan memberikan isyarat membeli. Walau bagaimanapun, saya lebih gemar untuk mengambil pesanan membeli selepas harga menembusi tahap rintangan 96.60.