Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Oktober, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-10-22T01:48:43

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Oktober, 2015

EUR/USD: Pasangan mata wang ini kelihatan tidak membuat sebarang pergerakan harga yang ketara sehingga minggu ini (sama seperti pasangan mata wang popular yang lain). Walau bagaimanapun, adalah diramalkan bahawa akan terdapat beberapa pergerakan harga yang ketara pada hari ini atau esok, yang paling berkemungkinan akan menjadi memihak kepada aliran menaik sebagaimana prospek pada pasangan itu kini adalah menaik.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Oktober, 2015

USD/CHF: Pasangan mata wang ini kelihatan begitu sukar untuk melonjak lebih tinggi selagi pasangan mata wang EUR/USD adalah dalam mod menaik. Oleh itu, ia adalah logik untuk membuat kesimpulan bahawa pergerakan bagi pasagan mata wang USD/CHF sebahagian besarnya akan ditentukan oleh apa yang berlaku kepada pasangan EUR/USD. Sebarang percubaan menaik yang diperhatikan di sini boleh menjadi peluang kepada pesanan jualan singkat.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Oktober, 2015

GBP/USD: Masih terdapat corak pengesahan kenaikan harga pada carta GBP/USD, walaupun harga telah mengukuh setakat minggu ini. Apabila pergerakan harga berlaku, pasangan berkemungkinan besar akan didagangkan dalam aliran menaik sebagaimana gambaran bagi pasangan GBP/USD adalah menaik (yang mungkin sah untuk tempoh sepanjang bulan).

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Oktober, 2015

USD/JPY: Sejak 15 Oktober 2015, pasangan mata wang USD/JPY telah membuat beberapa usaha menaik. Harga telah bergerak naik hampir 200 pip sejak daripada itu, dan kini ia sedang menguji tahap bekalan pada 120.00. Tahap bekalan boleh ditembusi dengan mudah pada hari ini atau esok. Sekiranya tahap bekalan seterusnya yang terletak pada 121.00 akhirnya berjaya ditembusi, maka ia akan menjadi insyarat pergerakkan arah aliran harga yang kuat.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Oktober, 2015

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini telah melakukan usaha menaik yang perlahan dan beransur-ansur. Harga berkemungkinan besar akan terus bergerak naik, mensasarkan zon bekalan pada tahap 136.50. Harga di atas EMA 11, yang mana ia sendiri berada di atas tempoh EMA 56. RSI 14 berada di atas tahap 50, yang akan menandakan bahawa harga mempunyai lebih banyak peluang untuk meneruskan usaha menaik mencapai ke tahap yang lebih tinggi.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Oktober, 2015

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...