EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD kini didagangkan dalam aliran menurun yang kuat setelah jatuh 350 pip minggu lalu. Kecenderungan aliran harga adalah menurun, dan harga yang sepatutnya pergi jauh lebih rendah pada minggu ini. Walau bagaimanapun harga perlu menembusi garis sokongan psikologi pada tahap 1.1000 ke arah bawah. Walaupun ini mungkin kelihatan seperti tugas yang sukar bagi aliran menurun, namun ia boleh dicapai.

USD/CHF: Pergerakan harga pada pasangan mata wang USD/CHF adalah sebahagian besarnya ditentukan oleh pergerakan pasangan mata wang EUR/USD. Oleh itu kekuatan telah dipindahkan secara tidak langsung oleh aliran menurun kemudianya. Dari tahap sokongan 0.9500, harga digerakkan lebih tinggi sebanyak 300 pip. Kini harga adalah sangat hampir dengan tahap rintangan 0.9800. Sekiranya harga melonjak naik di atas tahap rintangan (yang paling berkeungkinan), maka sasaran seterusnya untuk kenaikan harga akan menjadi satu lagi rintangan.

GBP/USD: Pasangan mata wang ini gagal untuk membuat sebarang kenaikkan yang ketara pada minggu lepas sebagaimana aliran menaik telah bertemu dengan rintangan kuat pada wilayah pengedaran 1.5500. Malah, harga hanya berdagang dalam aliran menurun minggu lalu menyebabkan isyarat "menjual" di dalam pasaran. Harga perlu bergerak pergi lebih jauh ke arah bawah, supaya isyarat "menjual" menjadi sah. Pasangan mata wang ini berkemungkinan akan berada di bawah tekanan jualan selagi pasangan EUR/USD cukup melemah. Kedua-duanya adalah positif.

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY berdagang dengan baik dalam aliran menaik minggu lalu mengakhiri fasa lanjutan keseimbangan baru-baru ini di pasaran. Sejak 15 Oktober 2015, harga terus meningkat sebanyak kira-kira 350 pip hampir mencapai tahap bekalan 121.50. Minggu ini, kami menjangkakan kesinambungan harga yang lebih tinggi, yang mungkin akan membolehkan harga untuk mencapai tahap rintangan 122.00 dan 122.50.

EUR/JPY: Oleh kerana penurunan harga yang mendadak pada mata wang EUR, pasangan mata wang EUR/JPY telah menjunam jatuh dengan ketara selama beberapa hari pada minggu lalu. Kini kelihatan terdapat Corak Pengesahan penurunan harga di dalam pasaran, yang berkemungkinan besar akan berterusan selagi EUR melemah. Satu-satunya faktor yang boleh mendorong kepada perubahan arah aliran harga adalah keadaan dimana maat wang YEN menjadi lebih lemah berbanding mata wang EUR.
