Indeks dolar AS adalah yang paling berkemungkinan untuk membuat aliran menaik flag jangka pendek tetapi dengan potensi kenaikkan yang terhad. Indeks USDX kini disokong dengan baik oleh kenaikan harga dolar, tetapi para pedagang perlu sangat berhati-hati terutamanya pada hari ini kerana peserta pasaran kini sedang menunggu mesyuarat FOMC.

Garis Biru - Sokongan
Indeks dolar AS telah berjaya menguji garis aliran sokongan mendatar biru, sebaik sahaja rintangan ditembusi. Kejayaan indeks dolar menguji menunjukkan bahawa terdapat kebarangkalian lonjakan harga pada hari ini terutama jika kita mengambil kira mesyuarat FOMC yang dijadualkan akan dikeluarkan pada malam ini. Walau bagaimanapun, dengan stokastik pada tahap yang terlebih beli, para pedagang harus lebih berhati-hati dengan aliran menaik dan menetapkan kedudukan Stop loss lebih kecil.

Garis hitam - rintangan mingguan
Indeks dolar kini dilihat sedang menguji garis rintangan mingguan penting. Ia boleh berubah menjadi penolakan harga yang ketara dan kita berkemungkinan akan melihat harga ditarik kembali ke arah sokongan cloud berhampiran pada tahap 95. Turun naik pasaran dijangka meningkat pada malam ini, oleh yang demikian, para pedagang diingatkan agar lebih berhati-hati dengan penembusan harga palsu yang berpotensi. Penembusan harga yang disahkan di atas rintangan akan menandakan bahawa pesanan membeli harus diambil semasa penarikan semula harga sebagaimana sasaran jangka panjang dilihat berada pada tahap harga tinggi baru.