
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Pasangan mata wang EUR/JPY kelihatan seolah-olah akan berdagang di sekitar tahap 133.12 buat masa sekarang, mencari peluang untuk menolak lebih tinggi sekurang-kurangnya sehingga ke tahap 134.20/50. Para pedagang harus diingatkan bahawa garis sokongan mengukuh akan menyediakan rintangan pada tahap ini. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan kepada para pedagang untuk memulakan kedudukan membeli dengan risiko ditetapkan pada tahap 132.68. Sokongan serta-merta dilihat berada pada tahap 132.68 (interim), diikuti oleh 132.25 dan lebih rendah, manakala rintangan pula dilihat terletak pada tahap 134.00, diikuti dengan tahap 134.50 dan lebih tinggi. Aliran menaik berkemungkinan akan terus mendominasi pasaran sehingga harga kekal berdagang di atas tahap 132.68. Penolakan harga di atas 134.50 akan membolehkan pasangan mata wang EUR/JPY menguji tahap yang lebih tinggi di sekitar 136.70.
Cadangan Perdagangan:
Kekal membeli buat masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap 132.68, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!