
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menurun. Selain daripada lantunan semula teknikal semalam, dagangan bagi pasangan mata wang ini dilihat masih dihadkan oleh penurunan MA tempoh 50, dan juga kekal berdagang di bawah tekanan di bawah rintangan utama pada 0.6710. Unjuran urusniaga harian adalah negatif, sebagaimana indikator RSI kekal melemah di bawah kawasan neutral 50. Oleh itu, selagi tahap 0.6740 mengukuh pada aliran menaik, perhatikan penarikan semula harga baru ke arah tahap 0.6615 dan 0.6585.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6615. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.6585. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.6710. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.6740 dan sasaran kedua pada tahap 0.6775.
Tahap Rintangan: 0.6740 0.6775 0.6805
Tahap Sokongan: 0.6615 0.6585 0.6520