Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 03 November, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-11-03T08:35:02

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 03 November, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 03 November, 2015

Pasangan mata wang GBP/USD ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi dan pasangan kini sedang berdagang di atas tahap harga 0.6695. Pasangan kini sedang menguji tahap mendatar pada 0.6732 dan 0.6695 yang mewakili asas sokongan kuat dan perlu membenarkan penstabilan harga sementara. Walaupun penyatuan harga tidak berlaku pada tahap harga semasa, namun kesinambungan aliran harga harus dihadkan, selagi 0.6695 ini tidak ditembusi. Sasaran menaik ditetapkan pada tahap 0.6785 dan 0.6810.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6785 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.6850. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.6670 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.6640. Titik pangsi terletak pada tahap 0.6695.

Tahap Rintangan: 0.6785 0.6810 0.6850

Tahap Sokongan: 0.6670 0.6640 0.6610

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...