
Gambaran:
- Pasangan mata wang NZD/USD kelihatan telah membentuk rintangan pada tahap 0.6771/0.6780 dan kawasan 0.6783 berkemungkinan akan membentuk 'double top', dengan itu harga 0.6780 akan membentuk gelombang menaik akhir dan akan bertindak sebagai tahap rintangan kuat. Oleh yang demikian, ia akan menjadi satu petanda yang baik kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 0.6780 dengan sasaran pertama terletak pada tahap 0.6682 dan seterusnya ke tahap 0.6651. Tahap 0.6651 akan bertindak sebagai sokongan yang kuat hari ini yang mana ia akan menjadi lokasi yang terbaik untuk mengambil keuntungan sekitar tahap 0.6651. Rintangan mingguan akan ditetapkan pada tahap 0.6780. Sebaliknya, sekiranya terdapat perubahan arah aliran berlaku dan pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap rintangan pada harga 0.6780, maka ia akan mendorong harga untuk bergerak lebih tinggi ke arah tahap 0.6833 selepas itu.
Pemerhatian:
- Pasaran adalah stabil dan aliran harga lebih jelas (ke arah bawah). Oleh itu, rintangan yang kukuh akan ditetapkan pada tahap 0.6780.Expect a range of 129 pips as the downtrend from the level of 0.6780 towards the price of 0.6651.
- Diramalkan bahawa julat perdagangan 129 pip sebagai aliran menurun daripada tahap 0.6780 ke arah tahap harga 0.6651.
- Tahap sokongan kuat akan dibentuk pada harga 0.6651 minggu ini.
- Volatiliti adalah 130.50; oleh yang demikian pasaran telah dipanggil untuk volatiliti yang tinggi.