
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikan harga. Semalam, dolar AS susut apabila para pelabur sedang menunggu laporan ekonomi mengenai gaji bukan perladang AS bulanan yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini. Dow Jones Industrial Average ditutup mendatar pada 17.863, S&P 500 susut 0.1% kepada 2099, dan Nasdaq Composite turun 0.3% pada 5127. Minyak mentah Nymex jatuh 2.4% kepada $ 45.20 setong, emas susut lagi 0.2% kepada $ 1.104 per auns, sementara penanda aras hasil Perbendaharaan 10 tahun mencatatkan peningkatan kepada 2.245% daripada 2.232% dalam sesi dagangan sebelumnya. Pasangan mata wang nini telah mengukuh selepas menembusi tahap harga 122.00 semalam dalam aliran menaik. Harga kini sedang mencari sokongan daripada kenaikan purata pergerakkan urusniaga harian tempoh 50 (MA). Sementara itu, indeks urusniaga harian kekuatan relatif (RSI) adalah di sekitar tahap neutral 50. Selagi tahap harga 121.35 mengukuh sebagai tahap sokongan utama, lanjukan pengukuhan harga harus dihadkan. Jika pasangan mata wang ini akhirnya berjaya menembusi di atas 121.35, maka harga perlu meningkat ke arah sasaran kedua menaik yang terletak pada tahap 122.45 (terakhir dilihat pada 21 Ogos)
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 122.45 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 123.00. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 121.10 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 120.90. Titik pangsi terletak pada tahap 121.35.
Tahap Rintangan: 122.45 123 123.55
Tahap Sokongan: 121.10 120.90 120.55