Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 12 November, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-11-12T07:57:13

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 12 November, 2015

EUR/USD: Bermula dari Isnin hingga sekarang, pasangan mata wang ini telah mengukuh, walaupun pasaran adalah melemah. Apabila momentum kembali ke pasaran, pasangan mata wang ini kemungkinan besar akan didagangkan dalam aliran menurun. EMA 11 kini berada di bawah EMA 56 EMA dan Julat % Williams tempoh 20 tidak jauh dari kawasan oversold. Ini menunjukkan Corak Pengesahan penurunan harga di dalam carta.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 12 November, 2015

USD/CHF: Bagi menghadapi pengukuhan harga yang berterusan pada mata wang dolar AS, pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan meneruskan pergerakkan menaik pada minggu ini, mencapai tahap rintangan yang masing-masing terletak pada 1.0100 dan 1.0150. Oleh itu, mana-mana penarikan semula harga perlu dilihat sebagai peluang untuk para pedagang mengambil pesanan membeli. Setakat minggu ini, harga hanya bergerak mendatar.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 12 November, 2015

GBP/USD: Pada minggu ini, pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah bergerak menaik sebanyak 160 pip dalam konteks aliran menurun. Harga kini sedang didagangkan di atas kawasan pengumpulan pada tahap 1.5200, walau bagaimanapun ia tidak boleh menimbulkan sebarang ancaman kepada prospek penurunan harga yang masih ada kecuali wilayah pengedaran yang terletak pada tahap 1.5300 ini berjaya ditembusi untuk aliran menaik, yang mana ia amat memerlukan tekanan belian yang kukuh.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 12 November, 2015

USD/JPY: Setelah menguji tahap bekalan 123.50, pasangan mata wang ini telah melemah. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan bahawa harga akan terus bergerak lebih tinggi, terutama selagi tahap permintaan pada 122.00 masih belum ditembusi untuk aliran menurun. Selain itu, terdapat beberapa laporan ekonomi asas dijangkakan akan dikeluarkan pada hari ini dan ia berpotensi untuk memberi kesan yang besar terhadap pasaran.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 12 November, 2015

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY ini diniagakan sedikit lebih rendah pada hari Rabu. Kecenderungan arah aliran bagi pasangan mata wang ini adalah menurun setakat ini dan zon permintaan yang terletak pada tahap 131.50 hampir diuji sekali lagi (zon permintaan yang telah diuji minggu lalu); malah harga berkemungkinan akan menembusi ke arah bawah. Secara umumnya, pasaran kini sedang mengukuh.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 12 November, 2015

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...