
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikan harga di atas tahap 0.9990. Pasangan mata wang ini kekal dalam penyatuan, walau bagaimanapun harga telah berjaya menembusi di atas tahap sokongan asas pada 0.9990, yang mana tahap harga ini adalah bersamaan dengan kedudukan stop loss urusniaga harian kami. RSI urusniaga harian kini telah kehilangan momentum menaik, menyebabkan para para pedagang perlu lebih berhati-hati. Walau bagaimanapun, selagi harga tidak menembusi pada tahap 0.9990, kami menjangkakan pemulihan harga baru ke arah tahap 1.0080 dan 1.0125 dalam lanjutan.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 1.0080 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 1.01. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.9945 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9915. Titik pangsi terletak pada tahap 0.9990.
Tahap Rintangan: 1.0080 1.0125 1.0140
Tahap Sokongan: 0.9945 0.9915 0.9875