
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah berikutan prospek penurunan harga yang masih sah. Dagangan bagi pasangan mata wang ini juga dilihat masih dihadkan oleh penurunan purata pergerakkan (MA) urusniaga harian tempoh 20 tempoh dan kekal didgangkan dalam aliran menurun. Sementara itu, indeks relatif urusniaga harian adalah melemah. Sasaran penurunan pertama dilihat terletak pada tahap sokongan mendatar dan bertindih pada tahap 186.20. Penembusan harga di bawah tahap ini akan membuka jalan untuk harga melanjutkan aliran menurun ke arah tahap 18.75.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 186.20. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 185.75. Titik pangsi kekal berada pada tahap 187.45. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 188.15 dan sasaran kedua pada tahap 188.80.
Tahap Rintangan: 188.15 188.80 189.30
Tahap Sokongan: 186.20 185.78 185.00