Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan berdagang dengan kecenderungan kenaikan harga. Harga kini sedang diniagakan pada tahap 0.0622, pasangan mata wang ini masih berdagang dalam aliran menaik, walau bagaimanapun harga dilihat sedang menghampiri tahap rintangan utama pada 0.6645 (sekitar tahap tinggi 26 November). Ujian harga harus dilakukan sebelum mana-mana kenaikkan harga berlaku. Purata pergerakkan urusniaga harian tempoh 20 dan 50masih menuju ke arah atas tanpa menunjukkan sebarang isyarat pembalikan harga. Selain itu, Indeks kekuatan relatif adalah positif untuk kenaikan harga baru. Oleh yang demikian, di atas tahap 0.6565 perhatikan tahap harga 0.6645 dan 0.6670 sebagai sasaran.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6645 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.6670. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.6540 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.6510. Titik pangsi terletak pada tahap 0.6565.
Tahap Rintangan: 0.6645 0.6670 0.6715
Tahap Sokongan: 0.6540 0.6510 0.6490