
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Perak mengukuh pada tahap harga $ 13.93 dan kini sedang berdagang di sekitar tahap $ 14.19. Aliran harga masih boleh berubah daripada tahap harga semasa berikutan perbezaan yang dilihat pada kedua-dua logam minggu lalu. Aliran menaik harus bersedia untuk menolak harga lebih tinggi ke arah $ 15.00 sehingga Perak kekal didagangkan di atas tahap $ 13.93. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan kepada para pedagang untuk memulakan kedudukan membeli dengan menetapkan risiko pada tahap harga $ 13.70. Sokongan serta-merta dilihat berada pada tahap $ 13.93 dan diikuti oleh tahap $ 13.00 dan lebih rendah, manakala rintangan pula didapati terletakl pada tahap $ 14.45 diikuti oleh $ 15.10/15 dan lebih tinggi. Hanya penembusan harga di bawah tahap $ 13.93 sahaja yang akan melambatkan lagi keadaan dan perak berpotensi untuk jatuh ke tahap $ 13.00.
Cadangan Perdagangan:
Memulakan kedudukan membeli dengana menetapkan kedudukan Stop loss pada tahap $ 13.70, dan sasaran pada tahap $ 15.00.
Semoga berjaya!