Pasangan mata wang USD/JPY dilihat telah membentuk 'triple top' di kawasan 123.70-123.90 dan ditolak sekali lagi pada hari semalam. Arah aliran harga bagi pasangan mata wang ini masih neutral kerana harga terus berdagang dalam julat dagangan pada tahap 122.20-124.

Garis biru gelap - rintangan jangka panjang
Garis selari biru - saluran harga
Pasangan mata wang USD/JPY terus berdagang dalam saluran neutral mendatar di antara tahap harga 122.20 dan 124. Harga kekal didagangkan di atas Ichimoku Cloud dan di atas sokongan Kijun sen (Indikator kuning). Penembusan harga di bawah tahao sokongan 122.20-122 akan membuka jalan untuk pembetulan harga yang lebih dalam ke arah tahap rintangan 120.50. Tahap rintangan yang kuat dilihat terletak pada tahap 124.

Garis biru - corak segi tiga
Pasangan mata wang USDJPY sering kali menghasilkan corak segi tiga sejak beberapa tahun yang lalu. Aliran harga bagi dagangan jangka panjang kekal positif sebagaimana harga pada carta mingguan kekal didagangkan di atas Ichimoku Cloud. Sokongan cloud mingguan didapati terletak pada tahap 121.50. Satu lagi corak segi tiga berkemungkinan akan dibentuk. Tahap harga di atas 124 berpotensi untuk membuka jalan bagi harga melonjak lebih tinggi sehingga mencecah ke tahap 130.